Berikut ialah kata-kata Dr. Asri yang disiarkan menerusi Metro
Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama? Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya.
Sementara itu Abby Abadi turut dihubungi oleh pihak Metro Ahad untuk menjelaskan apa yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitter itu. Kata Abby
Tidak payah cakap soal hudud tetapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal.
Post a Comment