Sebab-sebab laman web kerajaan mudah digodam!


Assalamualaikum wbth.
Malam ni jom kita bahaskan kenapa laman web dalam negara kita sangat mudah dicerobohi.
Pelik tapi benar, kalau diikutkan keselamatan cyber dunia, negara kita antara yang mempunyai peruntukan dan kemudahan paling tinggi antara negara-negara membangun.

Masalahnya??? Ok dah dapat amaran dari anony... sepatutnya admin dah kena sedar bila dah dibagi amaran bermakna dorang dah yakin boleh ceroboh, dan pada masa itu server telah pown dicerobohi, cuma tidak terang terangan,

Sejauh mana ketelusan pihak ketiga yang mentadbir server? Proses seperti ini akan di sub dan di subkan sehingga pihak ketiga dan keempat. Sejauh mana profesionalnya pihak ketiga itu, sepatutnya pihak kerajaan telah sedia maklum akan semua itu, Kenapa private server atau server dari pihak swasta susah diceroboh? Mari kita fikirkan, ramai sedia maklum negara kita mempunyai ramai pakar IT tapi yang mentadbir dan menjaga server siapa? adakah dikalangan rakyat yang mahir?

Bagi saya sepatutnya negara kita sudah tingkatkan segalanya dari segi keselamatan memandangkan kemajuan internet sekarang melangkaui batasan yang ada.

Pesanan saya untuk mengelakkan laman web anda dicerobohi ini adalah antara pesanan-pesanan saya.

1- Pilih hosting yang baik ( Ramai hacker mempunyai hosting sendiri untuk memudahkan proses ) Disamping itu juga para hacker akan menyewa hosting kepada umum dengan harga yang murah, Ingatlah data2 yang mereka perolehi.

2- Tidak perlu bimbang takut PC anda dicerobohi, kerana anda boleh putuskan talian internet bila2 masa sahaja anda perlukan.

3- Jangan terima fail yang tidak diundang, berhati2 dengan gambar, dokumen dan sebagainya kerana semuanya mudah dicompile pada era ini. 

4- Simple dan senang - Gunakan antivirus yang mempunyai perlindungan maksima seperti Kaspersky / Nod 32 / Avast Premium dan MC afee.

Sekian sahaja daripada saya, jika ada komen2 yang membina dalam mewujudkan dunia cyber yang selamat bolehlah dikongsi bersama diruangan komen.

Insiden Sistem Jabatan Penerangan Digodam Dilaporkan Kepada SKMM, Polis


KUALA LUMPUR: Insiden sistem e-Akhbar dan e-Press Jabatan Penerangan yang disyaki digodam telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata laporan polis turut dibuat selepas penyiaran dua kenyataan palsu, 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' disedari melalui sistem itu.
"Sistem Jabatan Penerangan kita telah digodam, tidak mungkin e-Press mengeluarkan kenyataan yang sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Akademi Seni budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Isnin.
Jabatan Penerangan dalam kenyataan hari ini menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial pagi ini.
Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam kenyataan itu berkata Jabatan Penerangan telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem berkenaan.
Kamaruddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara pada majlis itu turut menyampaikan Derma Siswa 1Malaysia kepada 80 orang pelajar dan Baucer Buku 1Malaysia serta Kad Diskaun 1Malaysia kepada wakil pelajar.
Pada majlis yang turut dihadiri Rektor Aswara Prof Dr Hatta Azad Khan itu, seramai 33 orang pelajar pengajian diploma dan ijazah sarjana muda menerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 45 lagi menerima Anugerah Dekan.
Hatta yang ditemui pemberita berkata pengiktirafan pusat pengajian itu oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada awal 2011, banyak membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
"Kami kena penuhi pelbagai syarat yang ditetapkan MQA, seperti mewujudkan tenaga pengajar sepenuh masa, prasarana yang lebih lengkap dan sebagainya. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian pelajar," katanya.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa kadar kemasukan pelajar bukan Melayu ke pusat pengajian berkenaan juga bertambah daripada 17 peratus pada tahun lepas, kepada 21 peratus tahun ini. - BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...