Anugerah AFF: Hanya dua peluang



Kuala Lumpur: Senarai pendek pencalonan dan pemenang bagi Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 yang dikeluarkan, semalam menyaksikan Malaysia berkemungkinan hanya memenangi dua daripada 18 anugerah sekali gus mencerminkan kedudukan sebenar kita di pentas bola sepak Asia Tenggara.

Lima kategori anugerah sudah pun dipilih pemenangnya manakala senarai pendek calon bagi 13 anugerah lain hanya diumumkan pemenangnya pada majlis anugerah yang julung kali diadakan itu di Kuantan, 3 April ini.
Malaysia sah meraih dua anugerah iaitu menerusi bekas Presiden AFF dari 1996 hingga 2011, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang dipilih pemenang Anugerah Perkhidmatan Seumur Hidup AFF manakala Presiden AFF ketika ini, Sultan Ahmad Shah dipilih pemenang Anugerah Muhibah ASEAN.

Bagi Anugerah Kesebelasan Terbaik AFF berdasarkan prestasi pada Piala Suzuki AFF 2012, hanya kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tersenarai di celah-celah lima pemain Thailand dan tiga pemain Singapura serta masing-masing seorang pemain Vietnam dan Myanmar.

Harapan Raja tipis

Dua lagi anugerah yang turut sudah diumumkan pemenangnya ialah Gol Terbaik Piala Suzuki AFF 2012 dimenangi penyerang Thailand, Teerasil Dangda dan Pasukan Futsal Terbaik dimenangi Thailand.

Baki 13 anugerah lain yang bakal diumumkan pemenangnya, 3 April ini menyaksikan Malaysia hanya dicalonkan dalam lima kategori iaitu Persatuan Terbaik, Pasukan Kebangsaan Lelaki Terbaik, Jurulatih Terbaik Lelaki (Datuk K Rajagobal), Penolong Pengadil Lelaki Terbaik (Sabri Mat Daud) dan Penolong Pengadil Wanita Terbaik (Widiya Habibah Shamsuri).
Tiada wakil Malaysia tercalon dalam senarai pendek untuk kategori Pengadil Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Muda Terbaik, Pemain Futsal Terbaik, Jurulatih Wanita Terbaik serta Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik.

Bagaimanapun, harapan Rajagobal untuk memenangi kategori Jurulatih Terbaik Lelaki mungkin ‘hanya mimpi’ kerana Radojko Avramovic dan Winfried Schafer dilihat lebih berjaya kerana membawa Singapura dan Thailand mara ke final Piala Suzuki AFF 2012.

2 comments

bila kita follow suka sama suka..:)

Reply

bergitulah cermin , mutu bola sepak...jatuh dan bangun kita akan tetap bersamamu..Malaysia...

mselim3

pls: walaupun teruk, namun sokong tetap sokong...

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...