GULA : Janji dulu pun tak buat lagi



Projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri dianggap satu pembaziran besar kepada rakyat di negeri itu.

Malah, ia didakwa lebih kepada gula-gula menarik undi rakyat pada PRU-13 yang akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Pulau Pinang sudah mempunyai dua jambatan, termasuk jambatan kedua yang dijangka siap September nanti.

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar membina terowong lagi kerana ia tidak dilihat sebagai penyelesaian mengatasi kesesakan di Pulau Pinang.

"Dulu (PRU ke-12), dalam manifesto beliau (Lim Guan Eng) kata nak hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang tak buat dengan alasan ia bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tapi, dulu masa janji tak ingat pun.

"Sekarang, nak bina terowong dan kenakan tol pula. Saya tak faham kenapa ia (terowong) perlu dibina sedangkan kita sudah ada dua jambatan dan kedua-duanya ada ada tol," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), semalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...