UGUT : Ahli Majlis Terima Peluru



Kuala Lumpur: Ahli Majlis Ketua Zon 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Supiramany Sinnapayal menerima sebutir peluru dalam sampul surat di pejabatnya di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, setiausaha ahli majlis itu, Roslin Bala yang membuka pejabat pada pagi hari kejadian menemui sampul surat berkenaan yang dimasukkan di bawah pintu dipercayai pada awal pagi.

Supiramany berkata, selepas menemui sampul surat yang mencurigakan setiausahanya menghubungi dia dan ahli jawatankuasa penduduk lain dan sebaik membuka sampul itu, mereka menemui sebutir peluru hidup.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...