KEMALANGAN NGERI : Tiga sekeluarga maut



Gerik: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lapan bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18.2, Jalan Gerik - Kupang, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, kereta model Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dari arah bertentangan di selekoh berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila bayi terbabit ditemui mati dalam keadaan masih dipeluk oleh ibunya di tempat duduk hadapan kereta dinaiki.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom, berkata, pemandu kereta terbabit yang maut dikenali sebagai Zulbasseri Sharif, 30, manakala isterinya, Wan Rozila Wan Omar, 30.

Menurutnya, pasangan suami isteri terbabit turut meninggal dunia bersama bayi perempuan mereka Siti Wafi Syuhana Zulbasseri yang berusia lapan bulan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...