MAUT : Suami isteri maut akibat pemandu cuai


                         Gambar Hiasan

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Km 46 Jalan Bandar Jengka-Jerantut dekat Maran malam semalam.

Pemandu kereta itu Hussain Man@Othman, 62, dan isterinya, Fatimah Taib, 57, dari Felda Jengka 22, Maran mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Maran ke Jerantut.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua orang berusia antara 20 dan 30-an gagal berhenti ketika keluar simpang jalan dan merempuh kereta mangsa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...