‘Maafkan anakanda’ menghiris sukma


Kuala Lumpur: Bacaan teks ‘warkah terakhir’ karya anggota pasukan keselamatan yang berjuang menentang pengganas dalam Op Daulat membuatkan ribuan hadirin terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta keluarga yang menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 di PULAPOL, di sini, gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata, semalam.

Bacaan teks berkenaan adalah sebahagian daripada slaid yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih sembilan minit yang menunjukkan rangkuman sepanjang Op Daulat dilancarkan. 

Tayangan slaid berkenaan turut diiringi lagu patriotik dan alunan muzik yang bersesuaian.

Ketika warkah berkenaan dibacakan pengacara majlis dengan diiringi muzik sayu, hadirin bagaikan terpaku memberikan tumpuan penuh kepada kandungan teks yang ditayangkan di skrin besar di tengah padang kawad.

Apabila pengacara membaca ‘Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia’ ramai hadirin gagal mengawal kesedihan dan rata-rata mereka menangis.



Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...