MAUT : Melambung rempuh kereta



Seremban: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera parah apabila masing-masing yang menunggang motosikal berasingan jenis Yamaha 125Z merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang membuat pusingan U di simpang lampu isyarat Bandar Sri Sendayan, Jalan Sungai Ujong berhampiran tapak pasar malam Sri Sendayan, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, mangsa Fazrul Zainal, 20, maut serta-merta di tempat kejadian akibat parah di kepala dan patah kaki kiri manakala seorang lagi, Ahmad Aminudin, 20, cedera parah dipercayai patah peha kanan dan kaki kiri selain luka di kepala serta tangan kanan.

Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang wanita berusia 43 tahun dan anaknya berusia 18 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi kejadian, Amran Mamat, 31, kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan cuba membuat pusingan U di simpang lampu isyarat.

“Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z tidak sempat mengelak lalu melanggar kanan kereta sebelah pintu pemandu sebelum mangsa melambung hingga menyebabkannya cedera parah dan mati.

7 comments

Huiyoo...lebih kurang sama kes yg penah jadik depan mata sendiri. Sgt menyeramkan. Hati2 la di jalan raya yer. :)

Reply

Al-fatihah. dan salam takziah untuk keluarga mangsa

Reply

kwn3 hati2 la bawak moto.....malang tak berbau.

Reply

Bru2 ni dekat kawasan kg shah, budak form 2. kecik lagi. meninggal di tempat kejadian, jalan x rata, tempuh pembahagi jalan, bru ja x sampai seminggu, berhati2 lah di jalan raya,

Reply

malang tak berbau..hati-hatilah dijalan raya..

Reply

Innalillah...takziah ntuk keluarga mangsa..
AL-FATIHAH..

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...