MACAM2 : Dakwat 5 Kupang pown jadi hal besar.



Pasukan petugas Wanita Barisan Nasional (BN) akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengingatkan pengundi tidak terpedaya dengan helah orang tidak dikenali yang didakwa akan cuba menggunakan dakwat kekal di jari pengundi.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya ada menerima laporan kemungkinan pembangkang cuba mewujudkan kekecohan menjelang pilihan raya umum dan mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal dengan berkunjung dari rumah ke rumah serta menjadikan pengundi wanita selain warga tua sebagai sasaran.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum hari pengundian, mereka akan menemui pengundi wanita warga tua kononnya hendak membantu menunjukkan cara menggunakan dakwat kekal memandangkan ia pertama kali digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Wanita UMNO harap tidak berlaku kebocoran dakwat dan pengundi jangan takut untuk keluar mengundi sekiranya tercetus berita wujud kekacauan ketika PRU-13” Ketua Wanita BN, Shahrizat Abdul Jalil

“Mereka akan mencalit dakwat pada jari pengundi dan jika dakwat tidak hilang dari jari mangsa sehingga hari mengundi, kemungkinan besar pengundi yang menjadi mangsa hilang hak untuk mengundi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Gagasan Aspirasi Usahawan Online (Sohonita), di sini, semalam.

Shahrizat meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan dakwat digunakan untuk mengundi tidak terlepas ke tangan individu tidak bertanggungjawab.

“Wanita UMNO berharap tidak berlaku kebocoran dakwat untuk tujuan mengundi dan pengundi jangan takut untuk keluar mengundi sekiranya tercetus berita wujud kekacauan ketika PRU-13,” katanya.

“Kami akan memastikan pengundi selamat ketika keluar menjalankan tanggungjawab di pusat membuang undi, jangan gentar dengan khabar angin,” katanya.

P/s Nanti sampai dalam kubur punya cerita pown leh jadi isu....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...