Mahasiswa Yang Cerdik Lagi Mahapandai..



Polis menahan tiga mahasiswa lelaki di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, petang semalam selepas dipercayai gagal mematuhi arahan supaya bersurai dari kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mak Pak Chuai, berkata mahasiswa berusia lingkungan 20-an itu dipercayai mengetuai sekumpulan mahasiswa lain enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun sudah diberi peluang berucap selama 10 minit.

“Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, konon untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan.

“Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

Ganggu ketenteraman awam

“Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat,” katanya di sini.

Kira-kira 100 mahasiswa dilihat berkumpul di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri dan melaungkan pelbagai tuntutan termasuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menuntut pendidikan percuma.
Mereka yang datang menaiki kereta dan motosikal kemudiannya bersurai kira-kira jam 7.30 malam selepas diarahkan polis.

P/s  Dah berutang tu bayar la.. Islam apa hangpa

2 comments

hapuskan hutang? tak patut.

Reply

Depa MAHA pandai. Hutang x mau bayar, tu pown berpiket pakai baju melayu, pakai kopiah. Konon2nya ISLAM sejati, Lam Islam Hutang wajib dibayar even ko mati sekalipun.. kuikui.. Islam la sgt.. Tu la. org ckp. cersik x leh tumpang, bodoh x leh nak ajar, MAHA la sgt siswa2 kita..

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...