Pesawat kotak telur



Pasangan kreatif, Charlotte Austen dan Jack Munro mengambil masa enam minggu untuk menghasilkan model sebuah pesawat udara Spitfire daripada 6,500 kotak telur.

Replika pesawat tempur Britain yang mempunyai satu tempat duduk disatukan menerusi lima liter gam, 5,00 paku, 10 liter cat dan 10,000 pe­ngokot.
Pesawat yang berukuran 10.9728 meter itu dibina menggunakan karton ‘Eggs for Soldiers’ dan akan dipamerkan di Muzium Perang Imperial Duxford di Cambridgeshire, Britain.

Bagi menandakan sambutan ‘Help for Heroes’ yang diadakan setiap 4 Mac, Charlotte, 27, dan Jack, 26, menggunakan 450 produk jenama Pritt untuk mencantumkan setiap karton telur.

Bagi memperkukuhkan ribuan kotak telur, pasa­ngan ini turut menggunakan 235.306 meter kayu belebas, 100 meter persegi kanvas dan 24.9936 meter keluli.

Model pesawat Perang Dunia Kedua juga dipasang­kan dengan 25 keping papan lapis dan 7.0104 meter busa.

Jack yang juga seorang arkitek dari Hackney, London berkata, ia amat menggembirakan apabila kita berusaha menyiapkan projek unik bagi sebuah kerja amal yang mengagumkan.

“Cabaran terbesar dihadapi adalah sewaktu mencipta kembali ikon kapal terbang dengan geometri yang kompleks namun dilakukan dengan seberapa tepat yang mungkin.

“Setiap permukaan Spitfire mempunyai lengku­ngan berlapis.

“Untuk menirunya, kombinasi teknik pembinaan kayu tradisional dan proses digital moden seperti potongan laser dan penalaan ‘Computer Numerical Control’ (CNC) digunakan,” katanya.

Charlotte yang bekerja sebagai pengukir menikmati cabaran yang dirasai­nya bagi membina Spit­fire terbabit.

“Ia adalah satu penghormatan besar merealisasikan projek Eggs for Soldiers untuk membantu dan me­nyokong Help for Heroes, badan amal yang menarik minat saya.

“Saya berharap masyarakat gembira melihatnya seperti kami yang membinanya,” ujar Charlotte.

Sewaktu membina model pesawat, pasangan itu turut meminum 120 cawan teh, mengunyah enam peket coklat HobNobs dan 18 krim telur.

Menurut Jack, projek ini memakan masa yang panjang dengan beban kerja yang banyak menyebabkan mereka tidak mendapat tidur yang secukupnya.

“Pelbagai kejadian dan kemalangan berlaku sepanjang menyiapkan projek. Seorang daripada pembantu kami terpaksa pergi ke bahagian kecemasan dan kemalangan (A&E) untuk mendapatkan jahitan selepas tergelincir dan menyebabkan ibu jarinya terhiris.

“Saya sendiri mengalami luka parah di kepala selepas terlanggar model itu. Agak sukar mengelak daripada mendapat luka serta lebam yang sudah kita jangkakan apabila membina model sedemikian,” katanya.

Acara kutipan dana tahunan Help for Heroes yang di adakan setiap 4 Mac kini memasuki tahun kedua.

Penyokong digalakkan berarak keluar pada 4 Mac dengan membawa Eggs for Soldiers sebagai tanda sokongan terhadap askar kerahan, wanita dan veteran perang yang mengalami penderitaan akibat cedera dan penyakit hingga me­ngubah kehidupan mereka.

Eggs for Soldiers diwujudkan pada 2011 untuk membantu askar kerahan dan wanita yang cedera agar pulih daripada konflik peperangan.

Pengarah Pemasaran Noble Foods, Steve Horton berkata, mereka amat berbangga dengan jenama Eggs for Soldiers dan berterusan menyokong kerja amal yang menakjubkan ini.

“Kami berharap, kempen 4 Mac tahun ini akan berjaya seperti tahun sebelumnya.

“Cara itu memboleh­kan kita berterusan mengumpul wang dan meningkat­kan kesedaran untuk Help for Heroes dan sokongan penting kepada askar kerahan dan wanita kita,” ujarnya.

Setakat ini, Eggs for Soldiers berjaya dijual lebih 650,000 bagi Help for Heroes. - DM

INFO:

Pembinaan replika mengambil masa selama enam minggu.
Sebanyak 6,500 karton kotak telur diperlukan untuk membina sebuah replika.
Sejumlah 450 batang gam, 5,000 paku dan 10 liter cat digunakan.
Model saiz sebenar Spitfire sebagai penanda acara Help for Heroes pada setiap 4 Mac.

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...