Piala Axiata: Malaysia, Indonesia seri

 Skuad badminton negara sekali lagi beraksi hambar apabila sekadar seri 2-2 dengan Indonesia pada aksi ketiga kempen Piala Axiata 2013 di Surabaya, Indonesia, semalam.

Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi penyelamat dalam memastikan skuad negara tidak dimalukan apabila berjaya menyamakan selepas ketinggalan 2-1 dengan membenam gandingan Hendra Setiawan-Ryan Agung Saputra 21-12, 26-24 dalam tempoh 45 minit. 
“Indonesia pasukan yang kuat dan kami sedikit bertuah kerana berjaya mencatat keputusan seri dalam perlawanan ini. Kami tetap berpuas hati kerana kami berjaya bangkit selepas ketinggalan,” kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek. 

Wei Feng gagal sekat Sugiarto 

Terdahulu, perseorangan wanita, Tee Jing Yi tewas kepada Bellaetrix Manuputty 10-21, 18-21 dan prseorangan lelaki, Chong Wei Feng menyambung derita itu kecundang kepada Tommy Sugiarto 16-21, 11-21.

Begitupun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyemarakkan semangat untuk bangkit dengan kemenangan ke atas Muhammad Rijal-Debby Susanto 18-21, 21-16, 21-18 sebelum Kien Keat-Boon Heong menyelamatkan maruah skuad.

Ketika ini, Indonesia berada di tangga teratas carta kedudukan dengan 10 mata diikuti Malaysia kedua dengan lapan mata manakala pilihan Bintang Asia dan Thailand berkongsi lima mata di tangga ketiga.


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...