Wanita mati ditetak adik


Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan tangannya hampir putus manakala kepala, leher dan matanya ditetak beberapa kali oleh penyerang dipercayai adik lelakinya yang dikatakan mengamuk di Taman Kaswari, Kampung Bukit Rotan, di sini, petang kelmarin. 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata mayat mangsa yang berusia 52 itu ditemui berlumuran darah oleh penjaga tokong, Chew Bon Hwa, 52, yang datang ke rumah ibadat itu untuk menutup pintu kira-kira jam 7 petang. 
Kita menjalankan ujian air kencing dan mendapati beliau positif dadah ganja dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh” Mohd Taib Ahmad, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor

Masalah mental

Sebelum kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke tokong berkenaan untuk membawa pulang adiknya yang berusia 44 tahun, yang dipercayai mengalami masalah mental ke rumah selepas dimaklumkan penjaga tokong bahawa tokong berkenaan akan ditutup.

“Adik mangsa dipercayai enggan pulang dan selepas beberapa kali dipujuk, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba sebelum mencapai sebilah parang yang terdapat di tokong lalu menetak mangsa,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mohd Taib berkata, polis selepas kejadian dan sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia. 
Katanya, turut cedera ialah abang suspek yang berusia 55 tahun yang ke ke rumah ibadat berkenaan sejurus dimaklumkan mengenai perbuatan adiknya itu oleh penduduk kampung.

Tahan suspek

“Suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran,” katanya.

Mohd Taib berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 10.30 malam kelmarin ketika suspek sedang bersembunyi di ladang itu, sebelum lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk membantu siasatan.

“Kita menjalankan ujian air kencing dan mendapati beliau positif dadah ganja dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat manakala adik mangsa yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya.


1 comments:

huhuhu kasiannya....

http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...