Sanggup Habiskan RM1000 untuk menjadi PENGEMIS di Malaysia

Gambar Hiasan


Seorang nenek dari India sanggup mengumpul RM1,000 selama lebih setahun untuk membeli tiket penerbangan ke negara ini sebelum menjadi pengemis di sekitar bandar raya ini kerana yakin mampu mengaut keuntungan lumayan berikutan kedudukan Johor bersebelahan Singapura dan sikap penduduknya yang pemurah.

Ini kerana, tukaran mata wang lebih tinggi berbanding rupee dan pembangunan pesat kawasan Nusajaya menarik minat wanita berusia 72 tahun itu untuk mengemis dan meminta simpati orang ramai di daerah ini. Malangnya, dia hanya mampu mengumpul RM11 selepas mengemis selama empat jam pada hari pertama sebelum ditahan sepasukan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, pada 17 Mac lalu.

Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, wanita berkenaan didapati mengemis di jejantas antara pondok bas dan sebuah pusat beli-belah di Jalan Wong Ah Fook di sini.

“Wanita itu berasal dari Karnataka, Bangalore, India dan menaiki penerbangan ke Singapura pada 24 Februari.

“Dia dipercayai mengemis di republik berkenaan sebelum memasuki negara ini pada 26 Februari lalu.

“Mengikut keterangannya, dia mengemis pada hari pertama di Johor Bahru ketika JKM mencekupnya namun kami masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat lengkap,” katanya.

Manayi berkata, ketika itu, wanita berkenaan tidak menyedari beberapa individu menghampirinya adalah pegawai JKM sebaliknya menyangka mereka ingin memberi derma.

“Bagaimanapun dia terkejut apabila pegawai JKM memintanya bangun sebelum mendapatkan maklumat daripadanya,” katanya.

Operasi menyelamatkan sekumpulan pengemis di sekitar pusat bandar raya dianggotai 13 kakitangan JKM. Operasi dilakukan hasil aduan orang awam berhubung kegiatan pengemis dan kutu rayau yang mengganggu orang ramai.

2 comments

Rakyat Malaysia mmg sgt2 pemurah...that's why jadik mcm tuh :)

Reply

yup.. yang pasti dunia luar perasan Malaysia ini lubuk emas. Cuma kita kdg2 x menghargainya

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...