SUSULAN KES POTONG ANU : ‘Dia hantuk kepala, pijak badan’



“Saya tidak mampu menghalang dan hanya minta dia mengucap dan ingatkan Allah,” kata ibu kepada lelaki yang bertindak memotong kemaluan bapanya hingga putus dalam kejadian di rumah mereka di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini, semalam.

Dia yang mahu dikenali sebagai Semah, 66, berkata, ketika kejadian, dia dan suami nyenyak tidur dalam bilik manakala anaknya yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat itu belum tidur dan berada di ruang tamu.

“Sebelum itu saya tersedar apabila suami bangun untuk ke bilik air dan selepas itu saya terlelap semula sebelum dikejutkan bunyi bising dalam bilik,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat anaknya menghantukkan kepala suaminya bertalu-talu ke lantai termasuk memijak bahagian badan sebelum keluar dari bilik.

“Saya bangun untuk mendapatkan suami dan anak masuk semula ke dalam bilik dan kali ini dia membawa pisau lalu menyelak kain dipakai suami sebelum memotong kemaluan suami,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut dengan kejadian itu gagal menghalang perbuatan anaknya kerana perlakuannya seperti dirasuk dan sebaik memotong kemaluan bapanya, dia kemudian memotong kemaluannya sendiri.

Semah berkata, seorang lagi anaknya yang berada di bilik bersebelahan cuba membantu, namun melarikan diri apabila anak lelakinya itu terus menerpa ke arahnya kerana bimbang sesuatu tidak diingini menimpa dirinya.

Difahamkan, kedua-dua alat sulit mangsa dilaporkan dibawa ke hospital dipercayai untuk proses pembedahan menyambungkan semula dan sehingga jam 6 petang semalam, sumber memberitahu Harian Metro, alat sulit si anak berjaya disambung manakala alat sulit warga emas masih dalam proses pembedahan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...