Angkatan Tentera Di Fitnah Lagi...



“Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa Kor Risik ATM turut terbabit dalam rancangan menghuru-harakan program dijalankan parti berkenaan. Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Johari Abdul mendakwa kononnya menerima maklumat bahawa Kor Risik ATM diarah melatih Pemuda UMNO dan orang awam bagi melakukan sabotaj selain mengganggu program pakatan pembangkang.

Zulkifeli berkata, dakwaan itu tidak berasas dan menyangkal sama sekali selain menganggap dakwaan itu strategi pihak pembangkang untuk menyalahkan pihak tertentu khususnya ATM apabila berlaku huru-hara.

“Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).

“Perkara itu hanya strategi pihak berkenaan untuk menyalahkan ATM sekiranya ada huru-hara yang sebenarnya dirancang mereka,” katanya dalam sidang media di Majlis Sambutan dan Pembubaran Kontinjen Malaysia ke-5 Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan (Malcon 5 ISAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang semalam.

2 comments

seharusnya kita bersyukur kerana dapat tidur lena setiap malam disebabkan oleh pasukan keselamatan kita yang bekerja siang dan malam..

Reply

Ye Aiza. saya sokong.. Pengorbanan mereka x dapat kita bayar dengan wang ringgit.

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...