Kren Terbalik : Seorang Maut.



“Saya dengar jeritan pemandu kren disusuli dentuman kuat dari belakang gerai tempat kami minum,” kata Rahman Apendi, 52, saksi kejadian kren tumbang menyebabkan seorang pekerja maut manakala seorang lagi parah di Jalan Gurney, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Persiaran Gurney itu berlaku selepas kren yang memuatkan dua pekerja untuk membaiki atap satu blok Flat Kinabalu tidak seimbang menyebabkan kren itu tumbang.

Rahman berkata, sebelum kejadian dia dan beberapa rakannya yang minum di sebuah gerai berhampiran flat berkenaan melihat kerja pembaikan dilakukan empat lelaki.

“Tiba-tiba saya dengar pemandu kren menjerit. Beberapa saat kemudian kami terdengar dentuman kuat menyebabkan saya dan pelanggan lain bertempiaran lari.

“Kemudian saya dengar jeritan minta tolong dari belakang gerai dan saya serta rakan berlari ke arah jeritan itu. Kami melihat dua pekerja yang berada dalam bakul kren cedera,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...