Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati Di Didalam Sungai - Kuala Kemaman.



Seorang pegawai perikanan yang melakukan lawatan kerja terkejut apabila menemui seekor ikan spesies lumba-lumba berwarna kelabu terdampar berhampiran Jeti Pusat Tahanan Vesel, Kuala Kemaman, dekat sini, pada jam 7.30 pagi semalam.

Penemuan ikan seberat 100 kilogram dan sepanjang 2.15 meter itu mengejutkan banyak pihak kerana ia dijumpai di kawasan air tawar.

Pegawai Perikanan Bahagian Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Muhamad Abdul Rauf Abdullah berkata, beliau dan empat kakitangannya terkejut melihat ikan berwarna kelabu itu terapung di sungai berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat punca kematian mamalia berkenaan sebelum menanam bangkai ikan terbabit mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

“Melihatkan keadaan fizikal, ikan berkenaan dipercayai berasal daripada spesies ikan lumba-lumba dan ia sudah mati ketika ditemui serta tiada kesan luka dan calar pada badannya,” katanya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...