Nenek Kandung Anak Yang Juga Cucunya...


Hai hai hai.. hari ni nak cerita tentang pengorbanan seorang ibu.. Cerita ni pelik la sikit tapi benar, Seorang ibu yang berusia 61 tahun mengandungkan anaknya yang juga cucunya,, camna tu..

Kisahnya bermula di Chicago Amerika, Kristine Casey menjadi nenek pertama yang melahirkan anak yg juga cucu lelakinya yang bernama Finnean Lee Connell melalui pembedahan caesar.

Hehe.. peningkan.. sebenarnya anak kepada nenek ini yang bernama Sara Connell yang berusia 35 tahun gagal untuk mendapatkan cahaya mata setelah 2 tahun berkahwin. Jadi pasangan ini menemui seorang pakar yang mencadangkan agar mereka menjalani proses bayi tabung (in vitro fertilization).

Melalui proses bayi tabung uji, embrio kemudiannya ditanam ke rahim Casey iaitu si nenek untuk dikandungkan. Walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi untuk mengandung pada usia 61 tahun, si Ibu sanggup berkorban demi anak dan cucunya. Dan akhirnya bayi itu selamat dilahirkan.

P/s : Lihatlah kasihnya seorang ibu kepada anak.... 

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...