TUN. M : PR gagal selesai masalah rakyat Selangor



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat Selangor mengembalikan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) dengan cara menyokong parti tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, Selangor perlu dikembalikan semula kepada BN kerana pakatan pembangkang yang memerintah kerajaan negeri gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan tidak menunaikan janji dalam manifesto PRU-12 lalu.

Menurut beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengakui manifesto itu bertujuan memancing undi dan bukan janji yang perlu ditunaikan.

“Sekarang Menteri Besar kata, manifesto mereka bukan janji, kalau bukan janji kenapa buat manifesto, lebih baik tulis hanya nak pancing undi. Ini berbeza dengan manifesto BN yang merupakan janji yang ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Seksyen 2 di sini semalam.

Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tan Sri Onn Ismail.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...