Maut Terkena 5 Das Tembakan



Seorang lelaki maut terkena lima das tembakan di kepala dan badan di hadapan kedai pusat kecantikan miliknya di Jalan PP25, Pinggiran Putra, Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Anderson S Pillay, 37, sedang berjalan keluar dari kedainya menuju ke tempat letak kereta sebelum tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam menghalangnya dan seorang lelaki bertopeng keluar dari kereta serta melepaskan enam das tembakan.

Bagaimanapun, hanya lima das tembakan mengenai mangsa sementara satu tersasar menyebabkan dia yang cedera parah maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang membuka pusat kecantikan itu bersama isterinya sejak tiga tahun lalu ketika kejadian baru keluar dari premisnya sebelum dia didatangi dua suspek bertopeng dan seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

Niat Tolong Tapi Menempah Maut. Tiga Bersaudara Mati Lemas



Usaha Mohd Hafiedz Harun, 34, untuk menyelamatkan anaknya yang lemas berakhir dengan dia turut lemas dan nasib sama turut menimpa abangnya dalam kejadian meragut nyawa tiga bersaudara di Pantai Pandak, Chendering, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, ketiga-tiga mangsa berkelah bersama 35 orang daripada tujuh keluarga yang berkumpul sempena cuti sekolah.

Kejadian berlaku apabila Mohd Hafiedz cuba menyelamatkan anaknya, Mohd Adam Daniel, 7, yang dihanyutkan arus ketika mandi. Bagaimanapun, disebabkan ombak besar, Mohd Hafiedz turut lemas sebelum abangnya, Saifuddin, 49, yang terjun ke laut untuk menyelamatkan dua beranak itu turut terkorban.

Selain mereka bertiga, dua lagi iaitu Burhanuddin Helmi, 43, yang juga adik kepada Saifudin dan iparnya, Ahmad Idzaham Tayyib, 41, turut lemas, namun berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Bapa mentua Mohd Hafiedz, Musa Mohamad, 70, berkata sebelum kejadian, dia mengetahui anak dan menantu serta beberapa lagi saudara-mara mereka bercadang berkelah di pantai berkenaan sempena cuti sekolah.

PASKAL Kehebatan ‘Rambo Laut’


“Sentiasa yang terbaik.” Motto itu sudah cukup menggambarkan ketangkasan sebuah pasukan elit yang satu ketika dulu pernah mendapat jolokan nama ‘Rambo Laut’.

Jolokan itu diberikan kerana ketangkasan pasukan berkenaan melaksanakan pelbagai misi tidak mengira masa atau tempat, malah kepakaran dalam menangani krisis penculikan terutamanya di perairan negara.

Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mula ditubuhkan sekitar 1980-an sememangnya mendapat perhatian dunia terutama selepas insiden rampasan kapal MT Bunga Laurel milik negara oleh sekumpulan lanun di Teluk Aden, Somalia, dua tahun lalu.

Insiden itu berjaya ditangani sepasukan PASKAL diatur gerak bagi membebaskan kapal berkenaan sekali gus menahan tujuh lanun Somalia bersenjatakan AK-47.

VIDEO : Teknologi Canggih Untuk Rumah Yang Sempit. WOW

Ini adalah teknologi pembuatan yang betul2 menjimatkan ruang. lihat video di bawah untuk info seterusnya.


Rumah Meletup, 3 terselamat.



Tiga beranak nyaris maut apabila kediaman dua tingkat di Taman Mulia, Pajam, di sini, tiba-tiba meletup akibat kebocoran tong gas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun cedera di tangan terkena serpihan bahan yang meletup selepas menekan suis lampu dipercayai untuk ke tandas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Mokhtar Osman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.05 tengah malam daripada orang awam sebelum sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Difahamkan, satu letupan berlaku di tingkat bawah di dapur rumah yang dihuni sepasang suami isteri bersama dua anak.

Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati hanya berlaku letupan tanpa disusuli kebakaran.

"Hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan mengalami kerosakan hampir 70 peratus iaitu pecah pintu dan tingkap akibat letupan yang kuat," katanya.

Mokhtar berkata, isteri mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 12 tahun tidak mengalami kecederaan berikutan berada di tingkat atas ketika kejadian.

WANTED!!! Imam Tua Di Tembak Mati



Lahad Datu: Seorang lagi pengganas paling dikehendaki berjaya ditembak mati selepas lelaki berusia 60-an itu cuba menetak seorang anggota pasukan keselamatan dalam operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lelaki terbabit yang bersenjatakan barong (pedang Suluk) menyerang dan menetak anggota keselamatan yang menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah di perkampungan atas air itu. Namun, anggota keselamatan terbabit terselamat dan hanya cedera ringan kerana tetakan pengganas itu mengenai baju kalis peluru dipakainya.

Pengganas yang mati itu dikenal pasti sebagai pengawal dan pembantu kepada ‘Imam Tua’ iaitu seorang daripada pengganas yang ditembak mati selepas menyerang hendap sepasukan anggota keselamatan di Kampung Sri Jaya pada 2 Mac lalu, menyebabkan enam anggota polis terkorban.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pagi semalam, pengganas terbabit meluru keluar dari sebuah rumah di kampung itu dan terus menetak di depan dan belakang badan anggota pasukan keselamatan itu.

“Biarpun ditetak berkali-kali, anggota keselamatan dapat melepaskan tembakan menyebabkan pengganas itu terbunuh, manakala anggota kita tidak mengalami kecederaan serius,” katanya pada sidang media Op Daulat di Felda Residence Sahabat, di sini, semalam.

Tak ada akal!!! OKU pun Tibai



Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) parah selepas terjun dari kereta dipandu lelaki yang cuba melarikannya sejauh 12 kilometer di taman perumahan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Maysharah Mohd Zahar, 14, yang menunggang motosikal Yamaha Sport bersama rakannya menuju ke rumahnya selepas selesai membeli barang di pekan Kuala Sungai Baru.

Bagaimanapun, motosikal remaja yang cacat kaki itu kehabisan minyak dan menyebabkan mereka terpaksa menolak 200 meter sebelum dihampiri kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Sumber berkata, kereta itu berhenti dan menumpangkan mangsa yang bersetuju menaikinya kerana melihat ada seorang remaja perempuan berusia belasan tahun berada di dalamnya selain jarak rumah 500 meter.

“Lelaki itu bagaimanapun memecut kenderaan meninggalkan rakan mangsa yang mengunci motosikal dan memberitahu perlu segera menghantar anak perempuannya pergi tuisyen di sekolah di Lubok China.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...